College Papers

Tujuan seksyen ini adalah dalam membuka ruang kepada pihak isteri yang tidak bersetuju terhadap rujuk yang dibuat oleh suami untuk mengemukakan permohonan agar tidak bersama suami lagi disebabkan oleh sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak

Tujuan seksyen ini adalah dalam membuka ruang kepada pihak isteri yang tidak bersetuju terhadap rujuk yang dibuat oleh suami untuk mengemukakan permohonan agar tidak bersama suami lagi disebabkan oleh sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak. Sebagai contoh, suami melakukan penganiayaan terhadap isteri dengan mencederakan isteri. Setelah Mahkamah berpuas hati terhadap hujah kedua-dua pihak, maka Mahkamah Syariah tidak boleh sama sekali menegeluarkan perintah untuk pihak suami isteri untuk hidup bersama. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bertanggungjawab dalam hal yang berhubung dengan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk yang telah diperuntukkan dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (AUKIWP). Bagi pendaftaran kes rujuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdapat beberapa prosedur yang harus diikuti oleh pihak-pihak yang bertikai iaitu suami dan isteri. Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PNCR) bertanggungjawab untuk melihat kepada kes rujuk ini bagi mamastikan sama ada rujuk boleh didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan atau terpaksa memanjangkan kes ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi pengesahan rujuk.

Prosedur yang perlu diambil ialah pemohon perlu mendapatkan Rekod Perceraian daripada Mahkamah Syariah. Seterusnya pemohon perlu mengemukakan serta melengkapkan borang-borang yang ditetapkan seperti Borang Permohohan Rujuk, Rekod Perceraian daripada Mahkamah Syariah, Sijil Nikah Asal dan borang 5 daripada Bahagian Penguatkuasa JAWI iaitu bagi perceraian yang berlaku di luar mahkamah. Maka pihak PNCR akan membuat siasatan yang perlu terhadap pihak-pihak yang mahu bersama kembali. Perkara yang akan disiasat oleh PNCR adalah melihat tempoh ‘iddah’ pihak isteri sama ada sudah tamat atau belum. Iddah merupakan jangka waktu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan oleh suaminya iaitu cerai hidup atau mati. Isteri tersebut harus menunggu supaya dapat dipastikan sama ada beliau hamil. Terdapat beberapa jenis iddah iaitu iddah talaq, iddah wafat, iddah hamil dan iddah kehilangan suami. Iddah talaq merupakan iddah yang disebabkan oleh perceraian. Seterusnya iddah wafat bagi seorang isteri yang kematian suaminya, tempoh iddahnya ada empat bulan sepuluh hari. Iddah hamil pula merupakan iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil ialah sampai beliau melahirkan anak. Manakala iddah kehilangan suami bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui keberadaan suaminya. Tempoh iddah bagi isteri tersebut adalah empat tahun. Setelah cukup empat tahun maka dia perlu beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Kemudian bertanyakan kepada pasangan masing-masing tentang perihal rujuk ini sama ada kerelaan atau tidak. Kemudian pemohon perlu mendapatkan semakan oleh pegawai di kaunter Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi(BPPK). Sekiranya berlaku kekurangan atau keralatan pada borang, pemohon perlu kembali ke kaunter BPPK untuk melengkapkan semula dokumen-dokumen berkenaan. Setelah dokumen disemak oleh pegawai, pemohon dikehendaki hadir ke bilik pendaftar NCR iaitu bagi sesi soal selidik oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk(NCR). Sekiranya proses rujuk boleh dilakukan di hadapan pendaftar, pemohon perlu mendaftarkan diri di Bilik Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk(NCR). Namun sebaliknya sekiranya tidak, pemohon perlu ke Mahkamah Syariah. Perkara ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh masalah yang kerap kali berlaku dalam hal rujuk iaitu sua

x

Hi!
I'm Mindy!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out